Tentang Auni (Part 1)

Mengandungkan Auni Batrisyia juga suatu pengalaman yang baru walaupun telah berpengalaman melahirkan abangnya Rafiuddin Afiq sejak 4 tahun lepas.

Ini kerana kali ini aku sedang bekerja. Dalam makmal lagi; sebagai pekerja yang menguruskan hal-hal pentadbiran kewangan dan dokumentasi penyelidikan seorang Professor.

Untuk mengambil cuti bersalin awal, aku berpendapat agak mustahil kerana aku dilantik secara Sementara & cuti pun mungkin atas belas ehsan Prof. So, minggu-minggu terakhir yang dilalui dipenuhi dengan urusan kerja untuk diselesaikan segera serta backup in case aku terpaksa tiada di situ untuk uruskan hal-hal yang penting.

Pada 9 April 2013, aku telah menyempurnakan temujanji dengan Jururawat di Klinik Kesihatan Taman Universiti. "Puan kalau xbersalin lagi dalam minggu ni, sila datang pada 16hb4 ya". Seperti biasa, pulang ke makmal, Prof bertanyakan perkembangan. Alhamdulillah tiada yang bermasalah. Cuma sebelum menunaikan solat Asar pada petang tersebut aku mendapati telah ada tanda darah yang sedikit. Cuma xde rasa sakit2 pun.

Mengandaikan masih punya masa untuk membuat perkara-perkara yang digemari, aku terus menuju ke kedai makanan Arab selepas pulang dari kerja. Aku masih sempat berseloroh dengan sahabat lama yang ditemui petang tersebut sambil membawa pulang 2 set makanan Arab; Kelaiah Meat with Mandi Rice untuk aku dan Maqlooba untuk si suami. Juga xsangka masih sempat menghilangkan dahaga dengan susu kegemaranku; susu coklat Good day yang dijual di peti sejuk yang berhampiran.

Seusai solat Maghrib pada malam tersebut, aku telah mula merasakan sakit seperti senggugut. Suami mendekatkan aku pada Hp yang dimainkan surah Maryam. Perlahan-lahan aku cuba melelapkan mata sambil berdoa supaya masanya tiba ketika anakku Rafiuddin telah selamat ditempatkan di Taska terlebih dahulu.

Pada jam 12 tengah malam, sakit yang datang semakin kerap. Dapat kurasakan detiknya hampir tiba. Mengenangkan suami yang sedang kurang sihat kerana demam selesema, aku diamkan dahulu hasrat untuk ke hospital memandangkan pengalaman bersalinkan Rafiuddin, aku ditahan wad selama 2hari. Dalam menahan kesakitan yang datang tiap 10 minit tu, tiba-tiba terasa air ketuban telah pecah. Dengan segera, aku mengejutkan suami utk segera ke hospital....

Bersambung di Tentang Auni (Part 2)