Review Pakej Ramadhan Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur

Hai semua! Ada tak yang intai nak stay hotel &  berbuka puasa serta bersahur sekali? Kalau ya, saya nak rekemen sangat untuk korang datang bertandang ke Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur.

Mengambil peluang teman suami outstation pagi Jumaat tu, suami tunjukkan saya, "Ok tak kita stay hotel ni..?

Ku jawab JOM!


Review Pakej Ramadhan Tamu Hotel & Suite

Dari segi overall review, saya bagi 4 bintang out of 5 bintang.


Harga Pakej Ramadhan Tamu Hotel & Suite

Tau tak, harga pakej Ramadhan ni murah giler! Harga RM320 anda dapat:
  • penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 dewasa
  • makan berbuka puasa untuk 2 dewasa
  • makan sahur untuk 2 dewasa
Memang berbaloi sangat. Sangatlah puas hati, menu makan pun sedap & banyak sangat pilihan. Lagi pula di bulan puasa ni, kita bukan nak boleh makan banyak-banyak sangat.

Harga asal berbuka puasa RM99
Harga asal makan sahur RM39

pakej ramadhan tamu hotel
Ni antara yang saya kaut masa berbuka puasa

pakej ramadhan tamu hotel
Ni plak menu lebih simple ketika sahur

Menu berbuka puasa memang sangat meriah.
Dewan tu sampai penuh 2 bilik.
Makanan sangat banyak pilihan. Ada menu kampung, menu western, menu Arab, sate & macam-macam lagi termasuklah kambing golek.

Lokasi Tamu Hotel & Suite

Lokasi hotel ni adalah di Kampung Baru. Sangat strategik! Berdekatan dengan masjid & bazar Ramadhan by walking distance saja.

Hotel ni berada di tengah-tengah bandar. Memang sangat rekemen kalau ada yang nak bermalam berpemandangan sekeliling penuh lampu-lampu tengah bandar.

Let say nak join bersolat terawikh di masjid, memang sangat mudah & dekat untuk sampai.

Info Tempahan
Hubungi nombor ni tau untuk booking slot. 011-63883599

Yang menulis:
Zaleha (Shaklee ID: 962548)
Youtube Channel: 

Menu Sahur Ringkas - Siakap Stim Lemon Bersama Nenas

Bagi yang suka bersahur makan nasi, pastinya mencari resepi menu sahur yang ringkas & mudah nak disediakan & mestilah sedap!

JJadi saya nak kongsi menu sahur ringkas yang paling senang nak disediakan & sedap!

Menu Sahur Ringkas - Siakap Stim Lemon Bersama Nenas


Yang ni most feveret terutama anak-anak. Cara masak pun sangat menyihatkan serta sangat jimat masa.

Bahan-bahan:
·         1 ekor ikan siakap dibersihkan
·         1 batang serai dihiris menyerong
·         1 batang lobak merah dihiris memanjang
·         4 ulas bawang putih dicincang
·         Hirisan nenas madu
·         Hirisan daun ketumbar
·         Hirisan cili merah (kalau suka pedas, boleh tambah cili padi)
·         Secubit garam
·         Perahan lemon

Cara  Memasak:
  1.         Panaskan periuk kukusan.
  2. Sementara itu, susun lobak merah dalam bekas aluminium untuk stim.
  3. Letak ikan yang dilumur sedikit garam atas susunan lobak merah tadi
  4. Taburkan semua bahan yang lain. Perah lemon.
  5. Siap untuk dikukus. Masak selama 20 minit, atau sehingga ikan dah cukup masak.

Rasa ikan siakap bila dikukus bersama perahan lemon & nenas, memang tak perlu lagi untuk tambah gula. Nenas memberikan rasa manis (pastikan beli nenas madu) & sedikit masam apabila bersama lemon.

Best tak menu sahur ni? Jemput kongsikan pada yang lain yang mungkin memerlukan!