Kisah Aku & Permulaan Kepada Bisnes Shaklee

Sebenarnya telah lama mengetahui kewujudan produk Shaklee ketika masih menuntut di UTM pada tahun 2002. Tetapi tidak pernah pun terfikir utk mencuba & hanya mengetahui produknya pada ketika itu lebih kpd keperluan menampung masalah pelajar yang keletihan akibat kurang tidur ketika stay up utk study.


Terfikir & tergerak hati utk mengambil supplement Shaklee pada penghujung Mac 2013 bagi membantu penghasilan susu buat stok sebelum kembali bekerja. Mana tidaknya, 4tahun lalu aku xpernah pun mengepam susu utk stok kerana berada di rumah sepenuh masa utk susukan abg Auni. Jadi merasakan perlunya ada supplement bg memastikan Auni Batrisyia kekal mendapatkan susu ibu susu yg terbaik di dunia sama seperti abgnya Rafiuddin Afiq selama 2 tahun.

Pengalaman pertama aku adalah mencuba set optimum penyusuan dengan mengambil ESP, Alfalfa, B Complex, Chewable Vita C, Vitalea & Ostematrix melalui seorang pengedar secara online.

Alhamdulillah, pada ketika itu juga adalah pengalaman pertamaku menghasilkan stok susu perahan sebanyak 90 oz dalam tempoh 2 minggu terakhir berpantang dengan hanya menggunakan sebuah pam manual.(Sebenarnya sesi perahan perlu dimulakan seawal minggu pertama berpantang lagi terutama ketika bayi belum begitu pandai menghisap susu secara terus dengan baik bagi mengelakkan fenomena bengkak susu)



Bermula dengan modal serendah RM75 seumur hidup, aku telah mengambil keputusan utk menjadi ahli pada Julai 2013 setelah menerima jemputan dari Puan Farha (downline kepada Master Lyna Noh) yang telah membantu aku berjinak-jinak dalam dunia bisnes Shaklee dengan menyertai kumpulan rangkaiannya. 




Masa itu, aku fikirkan betapa untungnya aku jika aku jadi ahli, kerana cashback yg akan diperoleh bg pembelian atas namaku sendiri. Hm, dah tentu aku akan beli lagi kerana aku dpt merasakan kebaikan dari supplement yg aku ambil ni. 

Alhamdulillah setakat hari ini, aku sgt berpuas hati serta berasa semakin teruja utk meneruskan perjuangan dlm bisnes Shaklee atas beberapa faktor yg akan aku huraikan dlm entri akan dtg.




No comments:

Post a Comment